Judul : Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya
Terhadap Motivasi Pembelajaran
Penulis : AHMAD ZABIDI ABDUL RAZAK
Latar Belakang Masalah :
Konsep
tentang sekolah berkesan di Malaysia mula diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran pada tahun 1995 dalam Seminar Sekolah Efektif yang telah dianjurkan
oleh Institut Aminuddin Baki. Salah seorang pembentang kertas kerja di seminar
tersebut ialah Peter Mortimore (1995) dari Universiti London. Beliau telah
membentangkan kertas kerja yang berjudul Key Characteristics of Effective
Schools. Dalam kertas kerja beliau, Mortimore menyenaraikan 11 ciri sekolah
berkesan seperti berikut: (1) kepimpinan profesional, (2) perkongsian visi dan
matlamat, (3) kewujudan budaya pembelajaran, (4) penumpuan terhadap pengajaran
dan pembelajaran, (5) pengajaran bermatlamat, (6) pengharapan yang tinggi, (7)
pengukuhan yang positif, (8) pemantauan terhadap perkembangan, (9) hak dan
tanggungjawab murid, (10) permuafakatan rumah-sekolah, dan (11) organisasi
dinamik.
Sementara itu, Abdul Shukor (1995)
menyenaraikan ciri sekolah yang berkesan seperti berikut : (1) mempunyai
kepimpinan pengetua yang kuat dengan tumpuan pengurusan adalah terhadap
peningkatan kualiti pengajaran, (2) membina iklim persekolahan di mana
tiap-tiap murid berada dalam satu tahap pencapaian yang ditetapkan terlebih
dahulu dan tidak lebih rendah daripada itu, (3) mempunyai suasana disiplin yang
teratur tanpa perlunya membina peraturan ketat, tenang dan tanpa penindasan,
tetapi selesa untuk suasana proses pengajaran, (4) memberi keutamaan terhadap
proses pengajaran di mana sekolah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan
matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah, serta (5)
mengesan kemajuan murid secara sistematik, iaitu pengetua dan guru-guru
mengawas kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran.
Kajian
ini bertujuan untuk menentukan ciri penting iklim sekolah menengah agama
berkesan dan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran untuk mengenal pasti
tahap amalan pengurusan budaya kolaboratif pengurus (pengetua) wanita di
sekolah dan pengaruhnya terhadap motivasi menurut perspektif guru.
Tujuan
Penelitian :
Kajian ini bertujuan untuk menentukan ciri penting iklim sekolah menengah
agama berkesan dan implikasinya terhadap motivasi pembelajaran untuk mengenal
pasti tahap amalan pengurusan budaya kolaboratif pengurus (pengetua) wanita di
sekolah dan pengaruhnya terhadap motivasi menurut perspektif guru.
Metode Penelitian :
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian
kuantitatif dan instrumen kajian ini telah dibina oleh penyelidik berdasarkan
soal selidik yang bertajuk Kajian Sekolah Berkesan di Malaysia: Model
Lima Faktor oleh Shahril (1997). Instrumen
kajian ini mengandungi satu set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga
bahagian. Bahagian A terdiri daripada sembilan soalan untuk mendapatkan profil
sekolah, soalan termasuk pencapaian sekolah dalam SPM dan rekod disiplin
sepanjang tahun 1998 - 2000. Bahagian B terdiri daripada lima soalan berkaitan,
iaitu latar belakang pengalaman dan latihan yang telah diperoleh oleh guru.
Bahagian C mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk menentukan cirri
iklim sekolah agama menengah berkesan. Item soalan ini adalah berdasarkan
kepada cirri iklim sekolah yang terdapat dalam kerangka teori kajian ini.
Bagi
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item item soal selidik ciriciri iklim
sekolah menengah agama berkesan, satu analisis data telah dilakukan untuk
mendapatkan Coefficient Alpha. Daripada data ini, didapati item-item
soal selidik ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi pada standardized
item Alpha pada .8697. Ini adalah petunjuk yang baik tentang
kebolehpercayaan item-item dalam instrumen tersebut.
Hasil Penelitian :
Semua data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS versi 10.01) untuk mendapatkan taburan kekerapan dan min setiap item bagi setiap ciri iklim sekolah menengah agama berkesan. Dapatan ini memberi gambaran persepsi guru-guru secara menyeluruh tentang ciri iklim sekolah menengah agama berkesan.
Sumber :
Tidak ada komentar:
Posting Komentar